Friday, November 7, 2008

Manusia tak boleh berfikir.

Manusia ni kadang2 tak boleh terima kenyataan mengenai kekurangan diri sendiri.
Kadang2 je...
Manusia yang bangga dengan kelebihan diri sendiri kadang2 tidak pernah terfikir bahawa kelebihan itu 50% datangnya dari pergaulan atau persekitaran sekeliling.

Sebagai contoh cuba kau bayangkan satu perkara ni. Walaupun ini cerita rekaan namun ia merupakan contoh kepada manusia yang tak pernah sedar akan kelemahan diri sendiri. Manusia tu ialah manusia yang tak boleh berfikir.

Bayangkan...

Seorang pelajar universiti yang mengambil subjek Asas Keusahawanan. Pelajar ini telah gagal berkali-kali di dalam ujian mingguan yang diadakan oleh pensyarahnya. Setiap kali dia mendapat keputusan markah, dia akan memaki hamun pensyarahnya dengan mengatakan "Bo#%h punya pensyarah. Tak reti mengajar sebab tu la aku gagal!"

Carut pelajar itu dalam hati.

Satu hari seperti biasa ujian mingguan diadakan. setelah keputusan diedarkan, pelajar tadi mendapat markah lulus cukup makan. dengan bangganya dia menjerit "Yahoo! Aku tahu aku memang pandai!"

Jelas kelihatan bahawa manusia tak pernah berfikir secara waras dan tak pernah sedar akan kelemahan diri.

1) dia gagal setiap minggu kerana dia tidak berusaha dan menyalahkan gurunya yang dikatakan salah mengajar.
2) dia menjerit riang kerana lulus minimum dengan mengatakan dia pandai.

Pelajar tadi tak pernah berfikir bahawa dia mendapat markah lulus minima kerana pensyarahnya itu tadi kerap kali mengulang soalan yang sama saban minggu. Itulah yang dinamakan kelebihan dari faktor persekitaran.